Sunday, November 6, 2011

MUSUH ORANG MUKMIN

ASSALAMUALAIKUM,

ALHAMDULILLAH.Walaupun sibuk dengan ibadah korban saya masih ada kesempatan untuk coretkan sesuatu pengalaman sambil berkongsi serba sedikit ilmu yang baru saya dengar bersama anda. Ilmu penting untuk kita belajar.Tanpa ilmu ini maka sesatlah kita. Saya baru sedar dulu semasa saya di bangku sekolah mahupun IPT saya belajar ilmu hanya untuk lulus ezam atau untuk dapat sijil diploma sahaja.

Saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua. Kita sebagai orang mukmim akan terdedah dengan musuh-musuh Islam.Di antara musuh-musuh orang mukmim ialah :

1)Orang yang ada hasad dengki:
Orang macam ni ramai dikeliling kita. Sifat dengki ini sangat bahaya yang akan memusnahkan kesejahteraan seseorang itu.Saya sendiri pun ramai yang dengki dengan saya tetapi saya buat tak tahu aje terutamanya di pejabat saya.

2)Orang Munafik:
Orang yang berpura-pura dan sentiasa buat tipu elah.Orang Munafik ini,bila mereka berjanji mereka memungkiri janji,bila diamanahkan mereka mengkhianati,bila berbicara mereka berbohong dan mereka berada kedua-dua pihak baik dan jahat.

3)Orang Kafir

4)Nafsu

5)Syaitan

Saturday, November 5, 2011

BERKORBAN & BERUBAH KERANA ALLAH SWT

ASSALAMUALAIKUM..

Saya rasa bertuah kerana berada di bumi Malaysia ini sebuah negara aman dan makmur. Esok seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji atau Korban. Hari ini hari ke-9 bulan Zulhijjah rata-rata umat Islam berpuasa dan bersolat hajat semperna bakal-bakal haji menunaikan rukum haji iaitu wukuf di Arafah. Alhamdulillah, saya doakan semoga semua bakal-bakal haji Malaysia amnya dan seluruh umat Islam mendapat Haji yang Mabrur. Insya Allah.

Bagi mereka menunaikan ibadah korban, semoga anda dapat menghayati pengorbanan yang anda laksanakan dengan niat ikhlas dan mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Semoga ibadah korban anda mendapat keredhaan Allah swt.

Jika kita hendak mengubah diri kita, kita mesti berkorban untuk mencapai kejayaan.