Saturday, November 5, 2011

BERKORBAN & BERUBAH KERANA ALLAH SWT

ASSALAMUALAIKUM..

Saya rasa bertuah kerana berada di bumi Malaysia ini sebuah negara aman dan makmur. Esok seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji atau Korban. Hari ini hari ke-9 bulan Zulhijjah rata-rata umat Islam berpuasa dan bersolat hajat semperna bakal-bakal haji menunaikan rukum haji iaitu wukuf di Arafah. Alhamdulillah, saya doakan semoga semua bakal-bakal haji Malaysia amnya dan seluruh umat Islam mendapat Haji yang Mabrur. Insya Allah.

Bagi mereka menunaikan ibadah korban, semoga anda dapat menghayati pengorbanan yang anda laksanakan dengan niat ikhlas dan mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Semoga ibadah korban anda mendapat keredhaan Allah swt.

Jika kita hendak mengubah diri kita, kita mesti berkorban untuk mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment