Wednesday, July 27, 2011

RAHSIA BERJAYA DALAM SEMUA PERKARA

Assalamualaikum..

Saya rasa bertuah berkongsi ilmu dengan anda semua.

Bagaimana anda melakukan sesuatu perkara, adalah sebagaimana anda melakukan semua perkara. Adakah anda faham prinsip dan moral pada kenyataan ini.Inilah bahasa falsafah. Jadi, jika anda melakukan suatu perkara itu gagal dan sentiasa main-main, adakah anda mampu melakukan semua perkara sehingga berjaya.?

Oleh itu, anda mesti fokus pada suatu perkara dahulu sehingga ia mencapai kejayaan dan barulah anda mampu melakukan semua perkara lebih berjaya daripada melakukan suatu perkara.

Anda fikir dan renungkanlah.Semoga anda lebih kaya dan berjaya dunia akhirat.

Wassalamu...

Saturday, July 23, 2011

ORANG LAIN TIDAK BOLEH UBAH DIRI KITA MELAINKAN DIRI KITA SENDIRI MENGUBAHNYA

Assalamualaikum

Bersua kembali bersama saya berkongsi ilmu.Seseorang itu harus mempunyai pengetahuan tentang ilmu. Mereka perlu tahu bagaimana untuk upgrade diri dan kehidupan mereka. Bukannya terus mengeluh tentang kenaikan harga barang. Pelik dengan manusia kerana dah berlaku hal sebegini pun, mereka masih memilih untuk hidup yang biasa-biasa sedangkan sekiranya mereka ada keinginan untuk mengubah, mereka boleh saja mengubah kehidupan itu menjadi luar biasa.

Untuk mengubah hidup, kita kena tahu potensi diri sendiri. Kita kena tahu kelemahan dan kelebihan diri serta jumlah kejayaan yang telah kita berikan pada diri kita sendiri. Dalam hal ini, yang penting adalah keinginan untuk mengubah hidup. Duit bukan kunci untuk memulakan perubahan hidup.

Jika ada keinginan untuk berjaya, barulah ada jalan. Bukan semua yang berjaya kerana ada capital. Ada juga yang bermula dengan zero. Yang penting, harus tahu mana hala tuju kita. Anjakan minda, anjakan paradigma ini penting untuk mengubah kehidupan.

Semoga Anda Lebih Kaya dan Berjaya Dunia Akhirat.
Wasalammu..

Friday, July 22, 2011

JANGAN JIKA BELUM WAKTUNYA

Assalamualaikum.

Kembali bersama saya berkongsi ilmu dengan anda semua. Apakah yang saya maksud dengan tajuk "Jangan Jika Belum Waktunya".

Cuba anda mendapatkan sesuatu sebelum sampai waktunya kerap kali hanya akan membawa kerugian. Logiknya mudah sahaja.Cuba menikmati buah-buahan yang belum masak, bukan hanya tidak mendapat kenikmatan memakannya, malah akan membawa kepada pembaziran.

Dari bab perkahwinan, ramai juga yang berkahwin sebelum memahami tanggungjawab berat selaku suami dan isteri. Mereka sebelum itu gagal memahami tuntutan dan amanah agama atas ikatan suci itu.Akibat tergesa-gesa mengikut runtuhan emosi dan rasa,mereka disatukan tanpa ilmu yang matang.

Pelaburan sama juga, saya kerap bertemu dengan pelabur muslim yang inginkan jaminan keuntungan dan modal selamat tetapi mahukan kontrak pelaburan yang dimeterai menurut hukum Islam. Hasilnya,mereka terjebak dalam skim cepat kaya yang kononnya mampu menjanjikan pulangan yang tinggi dengan risiko yang rendah. Akhirnya mereka ditipu dan hilangkan semua wang mereka.Apabila keuntungan ingin dicapai sebelum waktunya dan tanpa mengikut norma, akibatnya semua akan terhalang. Mereka tertipu dan mengalami kerugian.

Maka anda mesti berhati-hati dengan skim yang ditawarkan dalam internet sekarang ini. Laburlah di Amanah Hartanah Bumiputra atau unit pelaburan yang dihalal oleh syariah.

Wednesday, July 20, 2011

Anda Lebih Layak Untuk Hidup Lebih Kaya Dan Berjaya

Assalamualaikum semua,

Tahukah anda seramai 17.6 juta penonton menonton rancangan Oprah Talk Show yang terakhir dan cuba teka apakah topik paling utama dalam rancangan tersebut? .......... "It's all ENERGY!" .... Semuanya adalah tenaga, gelombang, frekuensi...... Oprah kata, "Anda bertanggungjawab dengan tenaga yang anda ada serta cipta, dan anda bertanggungjawab dengan tenaga yang anda beri kepada orang lain!" Itu yang Afdlin Shauki sebut di dalam Seminar Hidup Luar Biasa baru-baru ini yang kita boleh pilih menjadi bateri yang caj diri kita dan orang lain atau kita boleh pilih jadi nyahcajbateri (discharge battery) yang menyedut tenaga kita sendiri dan tenaga orang lain.... 90% orang yang tidak ada mentor, ilmu dan sistem untuk memperbaiki tahap kewangannya, tahap kebocoran kewangannya atau tidak tahu apakah cara bagaimana untuk memperbaiki kehidupannya, kerjayanya atau perniagaannya....

Masalahnya ramai yang ingat mereka tahu! Cuba buat simple test dan jawab soalan dibawah ini:-Adakah anda yakin yang anda boleh berhenti kerja atau berhenti berniaga sekarang dan anda ada simpanan atau pendapatan pasif yang cukup untuk hidup dengan cara hidup yang sama sampai bila-bila? ..... Kalau belum boleh berhenti, Itu tandanya anda perlu belajar untuk kuasai kewangan anda. Adakah anda dapati yang duit anda senang masuk tapi cepat keluar balik? Atau susah masuk tapi senang keluar? ...... Kalau ya, itu bermakna anda mengalami kebocoran wang. Ada yang cukup-cukup makan, ada yang teruk kebocorannya sampai perlu sentiasa berhutang..... Adakah anda puashati dan rasa selesa dengan apa yang anda ada untuk diri anda atau keluarga anda? .... Jika ya, itu tandanya anda belum mengenali atau menguasai potensi diri anda yang sebenar. Adakah anda atau pasangan anda pernah bercakap atau pernah bertelingkah mengenai masalah kewangan yang dihadapi untuk bayar bil atau sebagainya?.....

Jika ya, itu tandanya anda belum tahu rahsia menarik kekayaan & kejayaan dalam hidup anda. Well, tak payahlah percaya cakap saya atau sesiapa pun orang lain yang telah berjaya merubah hidup daripada "biasa-biasa" menjadi "luar biasa".....Jika anda rasa anda boleh teruskan hidup dengan masalah kebahagiaan, kewangan dan kerjaya atau perniagaan anda lagi berpuluh tahun. Tapi biar saya beritahu anda apa yang buat hidup saya berubah lebih 10 tahun dahulu. Dulu, sebelum 2001, saya selalu percaya yang saya tahu semua benda. Saya juga selalu percaya yang satu hari nanti saya akan kaya dan berjaya, hanya masa yang belum sampai. Tapi saya dapati masa itu, saya dah cuba macam-macam perkara. Tapi semakin saya buat apa yang saya buat, semakin banyak masalah datang kepada saya. Sehinggalah saya belajar satu perkara penting daripada seorang usahawan cina yang berjaya, dia kata, orang yang hidup kaya dan berjaya sebenarnya ramai yang dulunya adalah susah, tapi kenapa hidup mereka berubah? Sebab.....Mereka pergi ambil tahu apa yang orang kaya dan berjaya tahu yang mereka sah-sah tak tahu. Mesti banyak benda yang orang yang kaya & berjaya tahu yang orang miskin atau gagal atau belum berjaya TIDAK TAHU! Masalahn

Di Sebalik Sabar

Assalamualaikum.

Sabar itu sesuatu yang manis tetapi untuk mencapai tahap kemanisan memerlukan sebuah pengorbanan yang utuh dan hebat.

Dalam Al-Quran ada digariskan firman Allah yang bermaksud:"Jika seseorang itu ditimpa musibah maka dia mesti mengucapkan:'Daripada Allah kita datang dan kepada Allah juga tempat kita akan kembali".(Surah Al Baqarah 2:156).

5 yang perlu direnungi:
S: Sayang akan Allah
A: Amalkan sifat mahmudah
B: Beramal walaupun ia sedikit tetapi berterusan
A: Al-Quran dan sunnah sentiasa di hati.
R: Redha atas semua ketentuan Allah.

5 yang perlu dijauhi:
S: Syaitan
A: Angkuh dan sombong
B: Bersifat negatif
A: Angan angan yang melalaikan.
R: Riyak.

Untuk menjadi insan yang rabbani tidak semudah memetik jari. Namun kita perlu bersabar atas segala kesulitan dan terus berdoa kepada Rabal-'Alamin. Kita juga perlu percaya kepada qadak dan qadar Allah kerana itu salah satu daripada sifat wajib bagi kita yang bergelar Muslim. SABAR itu sebahagian daripada Iman.

Sekian Wasalamm.

Tuesday, July 19, 2011

TABAH BEKERJA KERANA ALLAH SWT

Assalamualaikum. Sebagai hamba Allah swt kita mesti mencari rezeki yang halal di atas muka bumi ini. Setiap pekerjaan itu adalah ibadat.Pekerjaan yang ikhlas dan betul mengikut syariat akan mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.. Kita kena bersyukur setiap rezeki yang dikurniakan oleh Allah.InsyaAllah kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari hasil pekerjaan yang halal justeru dimurahkan lagi rezeki dengan menunaikan kewajipan membayar zakat. Tabah bekerja kerana mendapat keredhaan Allah. Sekian

Sunday, July 17, 2011

KELEBIHAN MALAM NISFU SA'ABAN

Assalamualaikum

Sedar tak sedar kita sudah berada di pertengahan bulan sa'aban. Semalam adalah malam Nisfu Sa'aban. Kita digalakkan membaca surah yaasin sebanyak 3x sempena pertukaran buku catatan amalan kita beserta niat semoga kita dipanjang umur, dimurahkan rezeki yang halal dan ditambahkan keimanan dan ketakwaan yang sempurna.InsyaAllah.

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan al mubarak. Saya rindu kepada bulan ramadhan.Adakah saya sempat bertemu dengannya?

Friday, July 15, 2011

APA MATLAMAT KITA YANG SEBENARNYA?

ASSALAMUALAIKUM..

SAYA SUDAH LAMA TAK KEMASKINI BLOG SAYA INI MAKLUMLAH SIBUK DENGAN BUAT KERJA ORANG SAJA. BEGINILAH NASIB KERJA DENGAN ORANG INI. KITA TAK BEBAS SIBUK DENGAN BUAT KERJA ORANG SAJA.
TANYA DIRI ANDA.

APAKAH MATLAMAT DIRI KITA YANG SEBENARNYA?

BERCAKAP PASAL MATLAMAT DIRI INI RAMAI YANG TIDAK TAHU APA MATLAMAT MEREKA YANG SEBENARNYA.