Tuesday, October 11, 2011

MEMPELBAGAIKAN PELABURAN UNTUK KESENANGAN MASA DEPAN

ASSALAMUALAIKUM,

ALHAMDULILLAH,saya bersyukur dengan rahmat Allah swt dapat sekali lagi berkongsi peluang bersama anda semua. Justeru itu,kita hendaklah mempelbagaikan PELABURAN bukan setakat melabur dalam ASB ataupun deposit tetap. Semua orang berminat dengan alam pelaburan.Salah satu strategi pelaburan ialah mempelbagaikan pelaburan supaya meminimakan risiko pelaburan yang kita lakukan.

Lagi banyak pelaburan yang kita sertai,lagi baik strategi pelaburan kita.Lagi sedikit jumlah pelaburan yang sertai dalam satu-satu pelaburan,lagi sedikit risiko pelaburan yang kita ambil.Jika kita ada RM1000 maka kita melabur di 5 tempat pelaburan.Jangan kita labur RM1000 itu dalam satu jenis pelaburan sahaja.

Monday, October 10, 2011

ULASAN BUKU TRAVELOG DAKWAH : MENITI HARI ESOK

ASSALAMUALAIKUM.


Hari ini saya ingin mengulas tentang sebuah buku yang boleh dikatakan agak baru dipasaran bertajuk Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Buku ini ditulis oleh seorang professor yang juga Pengarah UiTM Cawangan Segamat bernama Muhd Kamil Ibrahim dan ianya merupakan satu kesinabungan ke atas sambutan yang diberikan kepada buku Travelog Haji yang juga ditulis oleh beliau. Kedua-dua buku tersebut adalah keluaran PTS publication. Untuk Travelog dakwah ini harganya cuma RM 18.


Setelah selesai membaca buku terbaru tulisan beliau begitu banyak perkara yang terkesan dihati saya.Kejujuran yang disampaikan oleh penulis memang amat menghibakan orang yang membaca. Setiap  rentetan kisah yang saya baca dari buku ini dapat saya kaitkan dengan perjalanan hidup saya. Penulis tanpa segan silu menceritakan kejahilan beliau yang ketikamana usia menghampiri 40 tahun tetapi masih gagal membaca al-Quran tetapi berkat keazaman dan kesungguhan beliau tuhan menunjukkan jalan. Bukan setakat membaca al-Quran tetapi beliau dijemput menjadi tetamu Allah di kota suci Mekah. Disamping itu buku ini juga memaparkan bagaimana kesabaran seorang isteri dalam mendidik seorang suami untuk mendekati tuhan.

Membaca pengalaman Prof Muhd Kamil Ibrahim disamping saranan-saranan beliau untuk sentiasa menjaga solat jemaah, tahajjud, berpuasa sunat dan membaca Al-Quran membuat aku sendiri terfikir betapa begitu banyak ibadah yang umat Islam kini terlepas pandang termasuk aku. Penulis menceritakan bagaimana beliau seorang yang berkelulusan phd tetapi atas dasar mencari kebenaran beliau sanggup untuk bertemu dan mempelajari al-Quran dari seorang yang lebih muda yang juga merupakan pelajar sekolah pondok. Bila membaca isi seterusnya mengenai kisah antara beliau dan guru al-Qurannya yang juga imam itu ada sesuatu yang mungkin memeranjatkan bagi sesetengah orang. Tetapi bila difikirkan balik secara rasional ini biasa berlaku. Prof Muhd Kamil tidak henti-henti mengingatkan supaya jangan lupa memanjatkan doa kepada Allah serta diselitkan sekali kaedah beliau berdakwah dengan rakan-rakan dan juga para pelajarnya.

Secara keseluruhan buku ini sememangnya sesuatu yang amat berharga dan patut dimiliki. Bagi saya apa yang diceritakan oleh Prof Mohd Kamil Ibrahin dari awal hingga akhir buku ini adalah satu cerminan pada diri kita sendiri. Insya_allah sekiranya kita benar-benar menghayati segala kandungan buku ini maka dengan sendirinya hati akan berdetik untuk kembali mendampingi tuhan kerana kita sebenarnya telah semakin jauh meninggalkan apa yang sepatutnya kita laksanakan sebagai seorang hamba Allah.


Sunday, October 9, 2011

PENTINGNYA SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

ASSALAMUALAIKUM

Terfikirkah anda segenap tempat pertama & terakhir yang anda akan tuju untuk mendapat keredhaan Allah swt pada setiap hari? Tempat pertama yang anda mesti tuju ialah solat subuh berjemaah di MASJID sebelum anda keluar pergi kerja mencari rezeki.Tempat yang terakhir ialah solat isyak berjemaah di masjid sebelum anda pulang ke rumah untuk bersama keluarga tersayang.

Walaupun kita sesibuk mana bekerja, kita mesti cuba menunaikan solat fardu berjemaah di masjid kerana rezeki itu datangnya dari Allah swt. Tatkala, kita akan dapat maafaat dan kelebihan solat berjemaah di masjid. Sekiranya,kita tidak sempat menunaikan solat fardu berjemaah di masjid,cuba kita solat berjemaah bersama anak isteri kita semoga kita sekurangnya mendapat ganjaran 27 pahala.


Saturday, October 8, 2011

BAJET 2012 MERINGANKAN BEBAN RAKYAT




Bajet 2012: Ringkasan Pembentangan

Semasa Bajet 2011 (Belanjawan 2011) yang lepas kerajaan memperkenalkan konsep Bajet Rakyat kerana pada masa itu Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak mengalu-alukan sumbangan buah fikiran atau pandangan daripada rakyat. Dalam Bajet 2012 ini pula kerajaan sekali lagi meneruskan kesinambungan konsep sebelumnya.

Menterjemahkannya sebagai ‘Belanjawan Transformasi untuk Semua Rakyat Malaysia’, sasaran Bajet 2012 ini adalah berusaha mencapai keseimbangan yang bakal memberikan kebaikan kepada pelbagai pihak. Beberapa aspek yang diberi keutaamaan termasuklah janji kerajaan untuk memastikan terdapat keadilan sosial di samping mengukuhkan ekonomi bagi kesejahteraan jangka panjang untuk semua selaras dengan prinsip 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Walau bagaimanapun, tanpa mengetahui kandungan Bajet 2012 yang dibentangkan sebentar tadi mungkin agak terlalu awal jika kita membuat kesimpulan sama ada transformasi yang dinyatakan sebelum ini benar-benar mengambil kira kepentingan semua pihak atau sebaliknya.

Jadi berikut saya kongsikan sebahagian daripada inipati Bajet 2012 yang telah dibentangkan pada Jumaat, 07 Oktober 2012.

BAJET 2012

Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi

Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian

Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan – KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Bonus Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup

Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Rancangan Tebatan Banjir

Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.
Jika dibandingkan dengan Bajet 2011, bajet 2012 ini pada saya lebih mengambil kira kepentingan pelbagai pihak, sama ada kakitangan awam, swasta mahupun rakyat secara umumnya. Diharap Dewan Rakyat akan meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 (Bajet 2013) pada persidangan akan datang.



Thursday, October 6, 2011

KESEDARAN MENUNTUT ILMU SATU KEWAJIPAN KEPADA KITA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

"KALAU KITA MAHUKAN DUNIA HENDAKLAH DENGAN ILMU, KALAU KITA MAHUKAN AKHIRAT HENDAKLAH DENGAN ILMU,KALAU KITA MAHUKAN DUNIA DAN AKHIRAT HENDAKLAH DENGAN ILMU"

Berpegang kepada prinsip di atas, saya mula sedar dan insaf betapa pentingnya menuntut ilmu untuk mendapat kejayaan dan keredhaan Allah swt. Betapa ruginya saya tidak menuntut ilmu di menara gading dahulu demi mencapai cita-cita saya untuk mendapat PhD pada umur 35 tahun. Tetapi,saya masih belum terlewat lagi untuk menuntut ilmu kerana kata Nabi SAW belajarlah sepanjang hayat.

Hendak jadikan cerita mengapa saya nak kembali sambung belajar. Pada mulanya, saya baru tahu. bahawa susahnya hidup tanpa ilmu ini.Kawan-kawan saya yang sambung belajar ke peringkat Sarjana. muda dahulu semuanya telah berjaya pekerjaan yang baik dan mempunyai pendapatan yang lumayan.

Pada 24/09/2011 hari Sabtu baru ni, saya telah pergi ke Kemaman untuk meraikan Majlis Konveksyen adik ipar di Kolej Unversiti Tati. Saya satu family sewa homestay di chukai yang mana berhampiran dengan tempat Majlis Konveksyen itu diadakan.Semasa saya bermalam di homestay, saya terbaca sebuah buku yang berjudul Travelog Dakwah :Meniti Hari Esok tulisan Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim dari UiTM Segamat. Dari situ saya mula sedar untuk menyambung pengajian saya ke peringkat ijazah Sarjana Muda.InsyaAllah, ulasan buku tersebut nanti saya coretkan pada posting yang akan datang.

Tergerak hati saya untuk mencari peluang pengajian di peringkat Sarjana Muda part time. Itu saja peluang saya  untuk sambung belajar sambil bekerja. InsyaAllah, bulan Julai 2012 saya akan berdaftar untuk mengikuti program e-PJJ UiTM dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( Pemasaran ). Semoga anda semua dapat mendoakan kejayaan saya.INSYA ALLAH.


Matlamat Saya Ialah Saya mesti memperolehi Ijazah tersebut pada tahun 2016.