Monday, October 10, 2011

ULASAN BUKU TRAVELOG DAKWAH : MENITI HARI ESOK

ASSALAMUALAIKUM.


Hari ini saya ingin mengulas tentang sebuah buku yang boleh dikatakan agak baru dipasaran bertajuk Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Buku ini ditulis oleh seorang professor yang juga Pengarah UiTM Cawangan Segamat bernama Muhd Kamil Ibrahim dan ianya merupakan satu kesinabungan ke atas sambutan yang diberikan kepada buku Travelog Haji yang juga ditulis oleh beliau. Kedua-dua buku tersebut adalah keluaran PTS publication. Untuk Travelog dakwah ini harganya cuma RM 18.


Setelah selesai membaca buku terbaru tulisan beliau begitu banyak perkara yang terkesan dihati saya.Kejujuran yang disampaikan oleh penulis memang amat menghibakan orang yang membaca. Setiap  rentetan kisah yang saya baca dari buku ini dapat saya kaitkan dengan perjalanan hidup saya. Penulis tanpa segan silu menceritakan kejahilan beliau yang ketikamana usia menghampiri 40 tahun tetapi masih gagal membaca al-Quran tetapi berkat keazaman dan kesungguhan beliau tuhan menunjukkan jalan. Bukan setakat membaca al-Quran tetapi beliau dijemput menjadi tetamu Allah di kota suci Mekah. Disamping itu buku ini juga memaparkan bagaimana kesabaran seorang isteri dalam mendidik seorang suami untuk mendekati tuhan.

Membaca pengalaman Prof Muhd Kamil Ibrahim disamping saranan-saranan beliau untuk sentiasa menjaga solat jemaah, tahajjud, berpuasa sunat dan membaca Al-Quran membuat aku sendiri terfikir betapa begitu banyak ibadah yang umat Islam kini terlepas pandang termasuk aku. Penulis menceritakan bagaimana beliau seorang yang berkelulusan phd tetapi atas dasar mencari kebenaran beliau sanggup untuk bertemu dan mempelajari al-Quran dari seorang yang lebih muda yang juga merupakan pelajar sekolah pondok. Bila membaca isi seterusnya mengenai kisah antara beliau dan guru al-Qurannya yang juga imam itu ada sesuatu yang mungkin memeranjatkan bagi sesetengah orang. Tetapi bila difikirkan balik secara rasional ini biasa berlaku. Prof Muhd Kamil tidak henti-henti mengingatkan supaya jangan lupa memanjatkan doa kepada Allah serta diselitkan sekali kaedah beliau berdakwah dengan rakan-rakan dan juga para pelajarnya.

Secara keseluruhan buku ini sememangnya sesuatu yang amat berharga dan patut dimiliki. Bagi saya apa yang diceritakan oleh Prof Mohd Kamil Ibrahin dari awal hingga akhir buku ini adalah satu cerminan pada diri kita sendiri. Insya_allah sekiranya kita benar-benar menghayati segala kandungan buku ini maka dengan sendirinya hati akan berdetik untuk kembali mendampingi tuhan kerana kita sebenarnya telah semakin jauh meninggalkan apa yang sepatutnya kita laksanakan sebagai seorang hamba Allah.


No comments:

Post a Comment