Saturday, July 23, 2011

ORANG LAIN TIDAK BOLEH UBAH DIRI KITA MELAINKAN DIRI KITA SENDIRI MENGUBAHNYA

Assalamualaikum

Bersua kembali bersama saya berkongsi ilmu.Seseorang itu harus mempunyai pengetahuan tentang ilmu. Mereka perlu tahu bagaimana untuk upgrade diri dan kehidupan mereka. Bukannya terus mengeluh tentang kenaikan harga barang. Pelik dengan manusia kerana dah berlaku hal sebegini pun, mereka masih memilih untuk hidup yang biasa-biasa sedangkan sekiranya mereka ada keinginan untuk mengubah, mereka boleh saja mengubah kehidupan itu menjadi luar biasa.

Untuk mengubah hidup, kita kena tahu potensi diri sendiri. Kita kena tahu kelemahan dan kelebihan diri serta jumlah kejayaan yang telah kita berikan pada diri kita sendiri. Dalam hal ini, yang penting adalah keinginan untuk mengubah hidup. Duit bukan kunci untuk memulakan perubahan hidup.

Jika ada keinginan untuk berjaya, barulah ada jalan. Bukan semua yang berjaya kerana ada capital. Ada juga yang bermula dengan zero. Yang penting, harus tahu mana hala tuju kita. Anjakan minda, anjakan paradigma ini penting untuk mengubah kehidupan.

Semoga Anda Lebih Kaya dan Berjaya Dunia Akhirat.
Wasalammu..

No comments:

Post a Comment