Wednesday, July 20, 2011

Di Sebalik Sabar

Assalamualaikum.

Sabar itu sesuatu yang manis tetapi untuk mencapai tahap kemanisan memerlukan sebuah pengorbanan yang utuh dan hebat.

Dalam Al-Quran ada digariskan firman Allah yang bermaksud:"Jika seseorang itu ditimpa musibah maka dia mesti mengucapkan:'Daripada Allah kita datang dan kepada Allah juga tempat kita akan kembali".(Surah Al Baqarah 2:156).

5 yang perlu direnungi:
S: Sayang akan Allah
A: Amalkan sifat mahmudah
B: Beramal walaupun ia sedikit tetapi berterusan
A: Al-Quran dan sunnah sentiasa di hati.
R: Redha atas semua ketentuan Allah.

5 yang perlu dijauhi:
S: Syaitan
A: Angkuh dan sombong
B: Bersifat negatif
A: Angan angan yang melalaikan.
R: Riyak.

Untuk menjadi insan yang rabbani tidak semudah memetik jari. Namun kita perlu bersabar atas segala kesulitan dan terus berdoa kepada Rabal-'Alamin. Kita juga perlu percaya kepada qadak dan qadar Allah kerana itu salah satu daripada sifat wajib bagi kita yang bergelar Muslim. SABAR itu sebahagian daripada Iman.

Sekian Wasalamm.

No comments:

Post a Comment