Friday, July 22, 2011

JANGAN JIKA BELUM WAKTUNYA

Assalamualaikum.

Kembali bersama saya berkongsi ilmu dengan anda semua. Apakah yang saya maksud dengan tajuk "Jangan Jika Belum Waktunya".

Cuba anda mendapatkan sesuatu sebelum sampai waktunya kerap kali hanya akan membawa kerugian. Logiknya mudah sahaja.Cuba menikmati buah-buahan yang belum masak, bukan hanya tidak mendapat kenikmatan memakannya, malah akan membawa kepada pembaziran.

Dari bab perkahwinan, ramai juga yang berkahwin sebelum memahami tanggungjawab berat selaku suami dan isteri. Mereka sebelum itu gagal memahami tuntutan dan amanah agama atas ikatan suci itu.Akibat tergesa-gesa mengikut runtuhan emosi dan rasa,mereka disatukan tanpa ilmu yang matang.

Pelaburan sama juga, saya kerap bertemu dengan pelabur muslim yang inginkan jaminan keuntungan dan modal selamat tetapi mahukan kontrak pelaburan yang dimeterai menurut hukum Islam. Hasilnya,mereka terjebak dalam skim cepat kaya yang kononnya mampu menjanjikan pulangan yang tinggi dengan risiko yang rendah. Akhirnya mereka ditipu dan hilangkan semua wang mereka.Apabila keuntungan ingin dicapai sebelum waktunya dan tanpa mengikut norma, akibatnya semua akan terhalang. Mereka tertipu dan mengalami kerugian.

Maka anda mesti berhati-hati dengan skim yang ditawarkan dalam internet sekarang ini. Laburlah di Amanah Hartanah Bumiputra atau unit pelaburan yang dihalal oleh syariah.

No comments:

Post a Comment